Mengenai Kami.
Cahaya Insaniah
Pemilihan perkataan cahaya yang digabungkan dengan kalimah insaniyah menyerlah misi penubuhannya
untuk menyinari masyarakat dengan misi kebajikan yang berteraskan nilai insaniyah dan kemanusian sejagat.
Persatuan Cahaya Insaniyah (PCIM)
Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) adalah sebuah wadah kebajikan berdaftar (PPM-020-10-04042022) yang berdedikasi menyinari masyarakat melalui nilai kemanusiaan sejagat. Kami komited mengangkat martabat insan menerusi pengukuhan ekonomi, pemeliharaan warisan pengalaman, dan kesedaran kemanusiaan sejagat.
Matlamat penubuhan PCIM dirumuskan dalam enam matlamat penubuhannya seperti dibawah:
a) Bermatlamat memberikan tumpuan kepada keperluan mewujudkan prasana awam seperti taman persaraan,aktiviti pemeliharaan kesihatan dan keruhanian khusus bagi membantu golongan warna emas dan golongan persara melalui fasa kehidupan waktu penuaan dengan selesa dan tenang.
b ) Membantu golongan tidak bernasib baik mengubah taraf kehidupan mereka melalui kegiatan keusahawanan mikro melalui penyertaan dalam aktiviti ekonomi digital melalui penggunaan teknologi digital melalui ikerjasama dengan syarikat teknologi digital dan pihak kerajaan.
c) Melaksanakan pelbagai program kebajikan diatas nilai insaniyah sejagat bagi membantu golongan tidak bernasib baik tanpa mengira bangsa dan agama.
d) Bermatlamat menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama melalui wasilah program kebajikan yang disusun bagi mengangkat taraf hidup dan nilai kehidupan golongan miskin dan tidak bernasib baik dalam mewujudkan keharmonian sosial.
e) Menyelaras usaha mengukuhkan perusahaan sosial dalam masyarakat sebagai satu solusi mewujudkan keseimbangan sosial dan kemakmuran ekonomi.
f) Menyelaraskan sumbangan dan pengumpulan dana kebajikan untuk melaksanakan program kemasyarakatan yang akan menyumbang kepada perubahan dalam kehidupan masyarakat miskin dan tidak bernasib baik di Malaysia dan di peringkat global.