Apa yang kami lakukan

Program PCIM

Ketika ini PCIM merencanakan lapan (6) program sebagai program induknya untuk  tempoh tiga (3) tahun akan datang.

Menyinari masyarakat dengan misi
kebajikan yang berteraskan nilai insaniyah
dan kemanusian sejagat.

Dhuyufurrahman - Jalan Ke Tanah Suci

Program ini merupakan manifestasi keprihatinan masyarakat melalui infaq bagi menaja perjalanan ibadah buat insan terpilih; golongan kurang berkemampuan, OKU, mualaf, serta individu yang telah banyak berbakti kepada ummah.

Pondok Persaraan Insaniyah

“Disinilah Bermukimnya Keberkatan” Satu transformasi konsep penempatan warga emas yang menggabungkan keselesaan kediaman moden dengan jiwa Pondok Pengajian Al-Quran. Kami memfokuskan kepada Spiritual Retirement, di mana para pesara dapat..

Cahaya Ilmu

PCIM percaya bahawa budaya ilmu adalah nadi kepada sifat insaniyah. Tiga teras utama kami ialah: Hibah Ilmu – Ruang bagi pakar dan tokoh masyarakat menghibahkan pengalaman hidup mereka secara percuma melalui majlis ilmu dan perkongsian khas.

Hijrah Dunia

Membina jambatan pengalaman bagi bakat muda Malaysia menerusi penempatan di rangkaian NGO antarabangsa. Program ini bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang berjiwa besar, mempunyai jaringan global dan mampu membawa..

Digital Niaga Mandiri

Iltizam PCIM adalah mentransformasi peniaga mikro dan usahawan B40 melalui pemerkasaan teknologi digital agar mereka mampu bersaing dalam pasaran terbuka dan pasaran tanpa sempadan menerusi digitalisasi perniagaan.

Program Fastabiqul Khairat

Berdasarkan seruan untuk “berlumba-lumba melakukan kebaikan”, unit respons pantas ini memfokuskan kepada intervensi kebajikan jangka pendek. Ia memastikan bantuan sampai dengan segera kepada mereka yang menghadapi kecemasan atau keperluan